Monday 12 September 2011

~SETEL 3 KEJA~

Disebabkan hari ni aku punch in ke sekolah lambat,jadi aku bercadang untuk menyelesaikan beberapa perkara yang tidak selesai lagi.

Alhamdulillah semua perkara dapat diselesaikan tidak sampai 45 minit.



First sekali


ROADTAX MOTORSIKAL AKU

Aku dah nk renew hari jumaat lepas, tapi sistem tergendala pula di pejabat pos seri iskandar dengan pejabat pos batu gajah. Jadi terpaksa lah aku renew pada hari ini. Nasib baik sistem ok dan orang pun tak ramai





Yang kedua


BORANG NIKAH

Mak aku dah bising borang nikah tak ambil lagi. Tunang aku pun dah risau sebab aku tak ambil borang nikah lagi. Jadi, malam tadi aku mintak tolong en google cari kat mana Pejabat Agama Islam dekat Seri Iskandar ni. Rupanya dekat ja.

Jadi, pada hari ini, aku pun pergila Pejabat Agama tu tuk ambik borang nikah tu. Pegawai kat situ terangla pa yang patut diisi dan disertakan sebelum menghantar borang itu ke pihak perempaun.




Yang terakhir


BORANG UJIAN HIV

Borang ni disertakan sekali dengan borang nikah. Ujian perlu dibuat di klinik-klinik kesihatan kerajaan

No comments: