Thursday 23 June 2011

Welcome Andre Villas-Boas To Chelsea



LONDON: Chelsea secara rasmi melantik Andre Villas-Boas sebagai pengurus baru menerusi perjanjian rekod baru, umum kelab itu semalam. Bekas pengurus Porto berusia 33 tahun itu menjadi pilihan selepas dia meleraikan ikatan bersama kelab juara Liga Europa dari Portugal itu, dan menandatangani kontrak baru selama tiga tahun. Villas-Boas bukan saja menjadi pengurus paling muda dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi juga menerima gaji paling lumayan selepas Chelsea membayar Porto 13.3 juta pound (RM14.1 juta) untuk melepaskan ikatan klausa dalam kontraknya. Chelsea menyifatkan Villas-Boas yang mengecap kejuaraan berganda musim lalu sebagai ‘calon terhebat bagi tugas pengurus’. “Dia adalah antara pengurus muda paling berbakat dalam bola sepak masa kini dan sudah pun mencapai banyak perkara dalam tempoh yang singkat,” kata kenyataan kelab itu. “Cita-cita, semangat dan azamnya setanding dengan matlamat Chelsea dan kami yakin kepimpinan Andre dalam pasukan ini akan menghasilkan kejayaan lebih besar dalam saingan di peringkat domestik dan Eropah.” Villas-Boas yang menggantikan Carlo Ancelotti kembali buat kali kedua ke Stamford Bridge, selepas pernah menjadi pembantu kepada Jose Mourinho.



Penantian akhirnya terjawab.
Disebabkan kami masing-masing meminati chelsea,kami berharap dengan adanya pengurus baru ni pasukan chelsea akan bermain dengan lebih baik dari segi tektikal.

antara yang aku harap Andre Villas-Boas ni boleh buat:
1. naikkan balik tahap pemainan sebenar torres
2. cari pemain posisi wing sebab chelsea sangat kurang player yang boleh maen wing. malouda ja yang boleh main dengan terbaik.
3. bagi peluang player muda yang ada dekat chelsea untuk main.

No comments: